* Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.
* Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
* Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi lama tempoh memerintah akan dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan).
YANG TIDAK LAYAK DIPILIH
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:
* Raja itu belum dewasa;
* Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih; atau
* Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN
* Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.
* Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan itu.

Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja
menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan
Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
CIRI-CIRI KELAYAKAN

PROSIDING PEMILIHAN
*
Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri
tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.
* Pemilihan dibuat secara undi sulit.
* Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.
* Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.
* Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
* Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.
* Seseorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

PROSES PEMILIHAN
Semasa
pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi
kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pilihannya sama
ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai
dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti
5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan
jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya
tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti,
maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan
nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya
akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan
Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang
di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN
Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

PEMECATAN
Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi menyokongnya.

No comments:
Post a Comment