Konsep Negara
Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
Catatan:
Terdapat 4 bentuk negara:
1. Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan.
4. Autokrasi ialah negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa mutlak. Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya.
Sistem Kerajaan
Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksana dasar negara tersebut. Terdapat dua sistem kerajaan iaitu kesatuan dan persekutuan.
Sistem Kerajaan kesatuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat. Contohnya Britain, New Zealand, Perancis, dan Indonesia.
Kerajaan persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan. Contoh lain ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, dan India.
Catatan:
Kerajaan konfederasi merupakan sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada kerajaan negeri. Kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad. Kini kerajaan konfederasi sudah tidak wujud.
- Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
- Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.
- Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
Catatan:
Terdapat 4 bentuk negara:
1. Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan.
- Raja atau sultan menjadi menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa eksekutif. Pentadbiran negara dijalankan oleh kerabat raja atau sultan. Contohnya Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darussalam.
- Sistem presiden. Ketua kerajaan ialah presiden dan beliau juga menjadi ketua kerajaan. Presiden bertanggungjawab untuk mentadbir negara. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihanraya. Contonya, Amerika Syarikat, Filipina, Mexico, Indonesia dan Korea Selatan.
- Sistem Separa Presiden. Ketua negara ialah presiden tetapi beliau bukan orang yang menjadi ketua kerajaan. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Presiden dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, cuma bidang kuasa mereka diasingkan. Contohnya Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.
4. Autokrasi ialah negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa mutlak. Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya.
Sistem Kerajaan
Kerajaan ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksana dasar negara tersebut. Terdapat dua sistem kerajaan iaitu kesatuan dan persekutuan.
Sistem Kerajaan kesatuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat. Contohnya Britain, New Zealand, Perancis, dan Indonesia.
Kerajaan persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan. Contoh lain ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, dan India.
Catatan:
Kerajaan konfederasi merupakan sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada kerajaan negeri. Kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad. Kini kerajaan konfederasi sudah tidak wujud.
Peranan Kerajaan
- Menentukan arah tadbir negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara. Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance).
- Menyediakan kemudahan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan pembangunan ekonomi. Kerajaan perlu menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Segala perkhidmatan disediakan untuk keperluan rakyat dan tidak semua kemudahan yang disediakan 100 peratus daripada kelolaan kerajaan, terdapat juga yang disediakan oleh pihak swasta.
- Memastikan keamanan dan ketenteraman. Kerajaan berperanan memastikan situasi negara terkawal dan stabil samaada dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
- Menstabilkan persaingan. Kerajaan bertindak dan memantau persaingan antara peniaga supaya wujud persaingan yang sehat dalam perniagaan.
- Perlindungan alam sekitar. Kerajaan berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar. Menggalakkan pembangunan dilaksanakan secara lestari.
- Penyediaan keperluan asasi. Kerajaan berperanan memastikan keperluan asas rakyat dilengkapi terutama golongan miskin yang berpendapatan rendah. Kemudahan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan perlu disediakan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment