1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda
tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau
menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman
anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah
masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang
lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga
bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap
menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat
badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada
lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya
adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda.
Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada
lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda.
Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil
sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat
kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak
lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan
dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya
metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari
kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet
anda lebih menarik.
4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan
membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan
memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda
dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari
sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis
makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang
tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati
hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet
yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu
untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa
sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam
pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan
yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan
bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur,
buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah
pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman
yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan
tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga
dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah
dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak
usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan
ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan
kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk
tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya
adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.
No comments:
Post a Comment