" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah
bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu
dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari
Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : "
Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami,
maka ia adalah tertolak. "
Total Pageviews
Tuesday, 9 February 2016
HADIS KEEMPAT
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW
telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar
dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik
air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian
seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian
diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan
diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya,
celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain
daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan
amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya
cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (
suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka
masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan
beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan
neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya
sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah
dia ke dalam syurga itu. "
HADIS KETIGA
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima (
pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan
bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "
HADIS KEDUA
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis
bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis
itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu
hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang
mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua
lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak
tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah
: Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan
hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan
Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Si pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

HADIS PERTAMA
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (
bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (
balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.
Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia
memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,
maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Lalai mengingati Allah akan menyebabkan seorang manusia itu mudah terjerumus ke lembah maksiat.
DUA TUJUAN HIDUP DI DUNIA:
- HAMBA ALLAH
- KHALIFAH ALLAH
Jadi sewajarnya kita umat islam kembali kepada tujuan asal dgn mengamalkan amar makruf nahi mungkar.. sunnah Nabi juga amat digalakkan untuk kita amalkan kerana ianya baik dari segala segi.
Firman ALLAH Ta’ala :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
(Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para
malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka merekapun bersujud
kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Al-A’raaf: 011.
Sesungguhnya misal (penciptaan) `Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. Ali-‘Imraan : 059.
Sehingga..apabila seorang manusia yang
berakal serta merta menengadahkan wajahnya ke atas nikmat ALLAH akan
luas dan indahnya semesta alam yang ALLAH jadikan, niscaya berkatalah ia
seraya mengingat akan Keagungan lagi Kebesaran ALLAH Tabaraka wa Ta’ala
“Ya ALLAH Ya Tuhan kami, Maha Suci Engkau dengan sekalian perkara yang
engkau jadikan atas kami, yang tiadalah terhujar dengan kata melainkan
telah menetap dalam sekalian gerangan dalam diri kami”.
Firman ALLAH Ta’ala :
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka. Ali-‘Imraan : 191.
ALLAH Pencipta Langit dan Bumi beserta segala apa-apa yang terdapat di antara keduanya
Firman ALLAH Ta’ala :
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam
di atas `Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya
dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan
bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,
menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan
semesta alam. Al-A’raaf:054.
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy untuk
mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa`at
kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan
kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?.
Yunus: 003.
Hakikat seorang muslimah
Wanita
solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling
wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana
Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah
mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan
pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi
pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana
mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan
oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW
menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke
atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah
menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya
seperti Uwais Al-Qarni.
Salah
satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan
kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli
keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga
baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan
memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut
bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain.
Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik
daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita
semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari
syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang
muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya
semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi
muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang
wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di
dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan
ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam
bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan
dirinya dalam bergaul”
Setelah
itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu
ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si
ayah memberikan sebuah buku dan berkata” pelajarilah mereka! supaya kamu
berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan
wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan
,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam
syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Subscribe to:
Posts (Atom)