Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya
sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang
tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya
aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah )
Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan )
Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika
engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta
pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika
semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat,
nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan
sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka
berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka
tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah
ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan
telah kering ( tinta ) buku catitan. '
No comments:
Post a Comment