Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis
bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis
itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu
hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang
mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua
lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak
tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?

Rasulullah
: Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan
hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan
Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Si pemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Si pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

No comments:
Post a Comment