Total Pageviews

Tuesday 9 February 2016

LOGAM ALKALI

Nama Nomber Proton Susunan Elektron Takat Lebur Takat Didih Ketumpatan g/cm3
Litium 3 2.1 180ºC 1342ºC 0.53
Natrium 11 2.8.1 98ºC 883ºC 0.97
Kalium 19 2.8.8.1 63ºC 759ºC 0.86
Rubidium 37 2.8.18.8.1 39ºC 688ºC 1.48
Sasium 55 2.8.18.18.8.1 29ºC 671ºC 1.87
Fransium 87 2.8.18.32.18.8.1 27ºC 677ºC > 1.87
  1. Semua logam kumpulan satu wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Mereka mempunyai ciri-ciri khas logam seperti
    1. konduktor haba yang baik
    2. konduktor elektrik yang baik
    3. takat didih yang tinggi
    4. permukaan berkilau (tetapi menjadi pudar dengan cepat selepas dioksidakan oleh oksifen di udara.)
  2. Bagaimanapun, logam kumpulan satu juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak biasa diperhatikan pada logam seperti:
    1. takat lebur yang rendah,
    2. ketumpatan yang rendah (3 unsur pertama dalam kumpulan ini boleh terapung di atas air),
    3. sangat lembut (boleh dipotong oleh pisau).

Perubahan Penting Apabila Menuruni Kumpulan:

  1. Saiz atom bertambah
  2. Takat lebur dan takt didih berkurang
  3. Ketumpatan bertambah
  4. Kekerasan berkurang

Saiz Atom

  1. Seperti ditunjukkan da dalam rajah di sebelah kanan, apabila menuruni kumpulan, sais atom bertambah.
  2. Ini disebabkan oleh pertambahan petala-petala yang diisi oleh elektron.
  3. Atom yang mempunyai lebih banyak petala adalah lebih besar berbanding dengan atom yang memounyai kurang petala.

Takat Lebur dan Takat Didih

Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di sebelah kanan, takat lebur dan takat didih logam alkali menurun apabila menuruni kumpulan.

Penerangan

  1. Atom-atom bagi logam alkali diikat antara satu sama lain oleh satu daya yang dinamakan sebagai ikatan logam.
  2. Kekuatan ikatan logam bergantung kepada jarak di antara atom. Semakin dekat atom-atom, semakin kuat ikatan logam ini.
  3. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah. Oleh itu, jarak di antara atom bertambah.
  4. Pada hakikatnya, kekuatan ikatan logam di antara atom-atom berkurang, dan tenaga yang diperlukan untuk mengatasi ikatan ini semasa peleburan atau pendidhan juga berkurang dan seterusnya takat lebur/didih berkurang.

Ketumpatan

  1. Ketumpatan logam kumpulan adalah lebih rendah berbanding dengan logam yang lain.
  2. Ketumpatan litium, natrium dan kalium adalah lebih rendah daripada air. Oleh itu mereka boleh terapung di atas permukaan air.
  3. Bagaimanapun, apabila menuruni kumpulan, ketumpatan logam alkali bertambah.



Penerangan Perbezaan Kereaktifan Logam Alkali

Kereakdifan logam alkali bertambah apabila menuruni kumpulan.
Penerangan
  1. Semua atom logam alkali mempunyai satu elektron valens.
  2. Dalam tindak balas kimia , atom logam alkali akan melepaskan  elektron valens itu untuk membentuk ion bercas +1 dan mencapai konfigurasi elektron gas adi yang stabil. Kereaktifan  sesuatu logam alkali bergantung kepada kesenangan atom logam alkali menghilangkan elektron valensnya.
    Li → Li+ + e
    Na → Na+ + e
    K → K+ + e
  3. Apabila menuruni kumpulan I, saiz atom logam-logam alkali semakin bertambah.
  4. Ini bermakna elektron valens tunggal menjadi semakin jauh dari tarikan nukleus.
  5. Oleh itu, elektron tunggal di petala terluar atom ini menjadi longgar ditarik oleh nukleus.
  6. Keadaan ini mengakibatkan elektron valens tunggal itu menjadi semakin mudah dihilangkan untuk menghasilkan ion-ion bercas +1 semasa perpaduan kimia.
  7. Oleh itu, kereaktifan logam-logam alkali semakin bertambah apabila menuruni Kumpulan I.
Ringkasan 
  1. Semakin rendah kedudukan suatu unsur dalam kumpulan I, semakin reaktif unsur itu.
  2. Semakin jauh suatu elektron daripada nukleus, semakin lemah ikatan elektron itu oleh nukleus.

Keterlarutan Oksida, Hidroksida dan Garam Logam Alkali

  1. Semua oksida dan hidroksida bagi logam kumpulan satu terlarut dalam air membentuk larutan berkali.
  2. Semua garam bagi logam kumpulan satu (garam klorida, nitrat, sulfat, karbonat ...) juga boleh terlarut di dalam air. Larutan garam yang terbentuk itu adalah neutral.

No comments:

Post a Comment