" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW
telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar
dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik
air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian
seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian
diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan
diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya,
celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain
daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan
amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya
cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (
suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka
masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan
beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan
neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya
sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah
dia ke dalam syurga itu. "
No comments:
Post a Comment